Follow Us @soratemplates

02 Julai 2018

Fakta atau Auta: Penyakit Mental

Auta: Pesakit Mental tidak boleh menjadi manusia normal
Fakta: Ramai yang telah berpengalaman hidup sebagai pesakit mental tapi tetap berjaya dalam kehidupan. Ada terpaksa mendapat rawatan sementara dan berterusan tapi tetap dapat teruskan kehidupan dengan sokongan yang kuat.

Auta: Kelakuan Pesakit Mental tidak dapat dijangka
Fakta: Bila mereka sedang menghadapi penyakit ini, kelakuan mereka tidak dapat dijangka berbanding dengan perlakuan biasa mereka. Tapi setelah mereka pulih, kelakuan mereka akan jadi seperti sediakala.

Auta: Pesakit Mental adalah merbahaya dan ganas
Fakta: Kebanyakkan pesakit mental ini tidak merbahaya dan ganas. Ramai antara mereka kurang fokus, kurang motivasi dan tidak teratur. Jika mereka berkelakuan ganas, apabila mereka stabil, mereka seperti manusia biasa.

Auta: Pesakit mental yang dimasukkan ke hospital tidak boleh bercampur dengan orang lain dan penyakit mereka menjadi teruk.
Fakta: Penyakit mental bukan penyakit berjangkit, penyakit ini tidak boleh dipindahkan melalui perhubungan sosial.

Auta: Rawatan psikiatri akan mengubah pesakit menjadi robot yang memberi 'senyuman yang palsu'.
Fakta: 'Senyuman palsu' itu adalah salah satu  tanda tanda penyakit mental dan bukannya akibat dari mendapat rawatan.

Auta: Kalau seseorang itu masih boleh bercakap dengan bijak, dan masih ada memori yang baik, mereka bukan pesakit mental
Fakta: Terdapat pelbagai jenis & bentuk penyakit mental dan ia tidak semestinya menganggu cara percakapan dan memori mereka.

Sumber: http://mmha.org.my

Artikel ini diterjemahkan oleh saya dari laman web Malaysian Mental Health Association untuk rujukan anda.  Semoga bermanafaat..   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan