Follow Us @soratemplates

05 Julai 2018

Jangan Lena dibuai Mimpi

Kawan saya memberitahu tekanan telah datang mendadak dan secara tiba tiba. Saya mengalir airmata membacanya. Siapa dia, biarlah saya saja yang tahu.

Dia ketika menaip mesej sedang menunggu giliran di hospital berjumla pakar. Seorang pekerja profesional dalam bidangnya tersendiri. Antara sebab dia merasakan dia masih tidak cukup bagus dengan apa yang dia lakukan. Sedangkan di mata saya dia sangat hebat. Mungkin kehebatannya tidak sering dibicarakan, jujur saya selalu membayang dia keluar di kaca TV membicara kepakarannya itu.

Tidak semua orang mampu lakukan apa yang kita buat. Yang selalu kita buat sekarang ialah buat tidak tahu. Dalam masyarakat yang mementingkan diri, saya cuba melakukan perkara yang sama tapi sering gagal. Saya bersyukur kerana dalam hati keras saya masih wujud kasih sayang untuk insan insan lain. Walaupun mungkin insan yang saya cuba kongsi sayang akhirnya melukakan saya.

Terusan saya belajar balasan baik itu datang dari Allah sahaja bukan dari manusia. Tapi tidak salah kita terus menjadi diri kita untuk kongsi kasih sayang dengan orang lain. Lagi lagi kalau itu saja kita mampu buat.

Kepada sahabat yang sedang sengsara itu, kami masih sayang, tidak sanggup kehilangan dikau. Bangunlah, tiada lebih baik menjadi dirimu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan