Follow Us @soratemplates

16 Julai 2018

KATA ELLE: Perniagaan Servis Penghantaran Kini Berkembang Pesat



Sedar tidak sedar, perniagaan servis penghantaran kini berkembang pesat di Negara kita. Siapa tidak kenal dengan GoGet,com, MatDespatch.com, GrabFood, FoodPanda, Zepto Express dan banyak lagi.
Apakah menyebabkan perkhidmatan ini berkembang pesat? Mengapa ia semakin hari semakin mendapat sambutan?





Perkhidmatan ini adalah kesan dari meletusnya perniagaan atas talian yang kini sedang berkembang pesat di Malaysia. Rata rata pemilik perniagaan mencari opsyen meningkatkan taraf perkhidmatan perniagaan supaya pelanggan berpuas hati. Salah satu aspek adalah penghantaran pada masa yang tepat. Maka wujudlah perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan mereka tanpa mengunakan perkhidmatan kurier. Namun perkhidmatan mengunakan orang ketiga namun ia nampak seolah olah pekerja anda menghantar barangan kepada pelanggan.

Selain itu, faktor orang ramai sudah malas untuk bergerak mendapatkan sesuatu barangan. Contohnya ingin mencari hadiah untuk yang tersayang, mendapatkan telefon bimbit berjenama pada hari pertama keluaran atau pun tudung keluaran khas. Hanya dengan mengupah perkhidmatan ini, ada saja orang sanggup melakukan untuk mereka. Paling popular ialah servis membeli dan menghantar makanan. Bukan sahaja makanan dari restoran makanan segera tapi juga Nasi Lemak Antarabangsa mengunakan perkhidmatan GrabFood bagi meluaskan pasaran gerai tersebut yang sebelum ini tertumpu hanya di Kampung Baru.

Servis ini menghubungkan dua permintaan iaitu permintaan dari pelanggan dan juga dari perniagaan. Pelanggan mencari orang dapat membantu mereka mendapatkan barang/servis tanpa menyusahkan orang tersayang manakala perniagaan pula tidak perlu mengajikan pekerja dan mereka mampu meluaskan pasaran perniagaan mereka. Mengajikan pekerja adalah kos dalam perniagaan manakala dengan ada pekerja belum tentu mereka dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. Untuk pelanggan pula mereka hanya perlu fikir sama ada sanggup mendapatkan barang/servis atau hanya bayar caj minima untuk membiarkan servis penghantaran ini lakukan mereka.

Dalam perkhidmatan penghantaran ini, bukan sahaja pelanggan, peniaga dan penyedia perkhidmatan mendapat keuntungan tetapi juga pekerja yang menjadi penghantar pesanan. Kebanyakkan mereka bekerja secara sambilan. Kebanyakan perkhidmatan ini mengunakan sistem 'crowdsourcing'. Seperti 'GrabCar', crowdsourcing mencari pekerja mereka dari kalangan orang ramai ingin mendapatkan perkhidmatan sampingan atau tetap. Sistem Crowdsourcing menawarkan pekerjaan secara freelancer. Dimana para pekerja boleh memilih masa bekerja mereka dan gaji dibayar mengikut jumlah kerja telah dijalankan.

foto dari https://www.gep.com


Diramalkan pada tahun 2020, lebih ramai rakyat di dunia ini akan menceburi atau pekerja dalam platform 'crowdsourcing', Jadi jangan ketinggalan, jom kita bina masa depan untuk hari esok.

Manakala masa depan servis penghantaran pula? Sehingga ada teknologi boleh memindahkan barang tanpa mengunakan manusia, selagi itu perkhidmatan akan berkembang di sini. Eh dengar kata, ada yang sudah mengunkan 'Drone' untuk menghantar barang?!

*artikel ini ditulis untuk sekadar perkongian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan