Follow Us @soratemplates

12 Ogos 2018

KATA ELLE: Pasca 16 Baris

Joe Flizzow dilihat tidak pernah mengalah dengan Industri Hiburan tanah air.

Bermula dengan Too Phat bersama Malique pada tahun 1998 yang pada ketika itu dilihat zaman hip hop telah berakhir bila 4U2C berkubur dan KRU mula buat filem.



Industri muzik di Malayia bernafas mengikut trend. Jika pada tahun 60-an kita akan terpesona dengan trend Pop Yeah Yeah. Era 80 an digelar sebagai muzik 80an. Lewat 80an ke 90an, zaman muzik rock kapak merajai hati khalayak ramai. Kemudian bangkit sebentar Hip Hop dengan kehadiran 4U2C, Feminin dan KRU. Juga tidak lama selepas itu Dangdut menguasai. Irama Nasyid & Pop Tradisional juga menunjukkan kebangkitannya tersendiri. Semuanya adalah sementera, timbul dan tengelam begitu saja.

Kehadiran Too Phat dibawah label Positive Tone memang mendatangkan kelainan. Bayangkan grup ini hanya di tubuhkan di platform MiRC. Pada mula hanya menjadi kegilaan scene Hip Hop dan remaja ketika itu (yang kini dah tua) tapi dengan Lagu ‘Alhamdulillah’ mereka berjaya mendapat perhatian ramai. Selepas itu, Malique menghilangkan diri dan hanya membiarkan suaranya beraksi. Apa yang terjadi pada Malique memang kita tidak tahu sampai sekarang. Kenapa? Mengapa? Semua seperti mesteri. Yang kita tahu dia masih hidup.

Joe Flizzow melangkah sendiri. Satu demi satu single Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris di perdengarkan. Walaupun lirik lagu beliau mungkin tidak sepuitis lagu solo Malique tapi gaya nya ala ala keras itu menjadi. Lirik lagunya mudah ditangkap oleh segenap generasi, Tua atau Muda. Siapa tak biasa dengan lirik lagu Budak Subang Jaya Memang Ada Gaya. Manakala lagu ‘Apa Khabar’ adalah highlight untuk karier solo Filzzow yang berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu.

Selain karier sebagai artis solo, beliau juga adalah pemilik syarikat Kartel. Altimet, Ila damiaa dan Sona One adalah antara artis yang bernaung di bawah syarikat beliau. Juga pemilik kedai gunting rambut Joe’s Barbershop. Label Usahawan lebih tepat diberikan kepada Raja Hip Hop Malaysia ini.
Jadi apa lagi yang kau mahu setelah menjadi gergasi? 16 Baris, show di youtube yang mengumpulkan MC baru dan lama. Berlawan kata saban episod di Joe’s Barbershop. Untuk menutup Musim 1 show online ini, satu Gig diadakan di The Bee Publika pada 14 April 2018 . Penonton yang membanjiri melebihi had membuat Flizzow terpaksa berjanji mengadakan persembahan lebih besar.

Dan semalam dia berjaya!!! Walaupun baru kehilangan Ayahanda beberapa hari yang lalu, Flizzow memegang pesan arwah untuk memenuhi komitmen kepada acara ini. Sebagai Raja,  dia menutup persembahan semalam dengan penuh bergaya.

Seperti lirik lagu Negaraku ‘Kalau kata itu kota, kami bina tamadun’, konsert Ini memperlihatkan Hip Hop tidak pernah mati seperti juga dengan Muzik Punk. Flizzow melakar satu sejarah baru mengumpulkan MC lama dan baru dalam satu konsert yang juga mengumpulkan peminat Hip Hop yang mungkin kau sendiri tidak tahu mereka ada. Mereka hadir bukan hanya kerana tiket free tapi kerana mereka memang menghayati dan melaung sama setiap baris.

Semalam Joe Flizzow seolah memberitahu nyawa sesebuah industri adalah pada pengguna tapi yang menghidupkannya adalah orang industri. Jadi jangan pernah mengalah untuk terus menhidupkannya. Usaha usaha dan terus mencari cara baru untuk terus hidup dari hanya bergantung pada keadaan.

Elle Syeila
~ Peminat KRU ~

Nota:

Foto kredit kepada Facebook 16 Baris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan