Sabtuku dulu
Elle Syeila
Isnin, November 03, 2008
1 Comments
Sabtu ku bermula agak lewat, tapi masih menarik untuk diceritakan. Antaranya menonton saat Fiqriat Fehmy membuat persembahan di atas pentas Dewan Sivik MBPJ, ya tempat sama pelajar-pelajar AF membuat persembahan. Rasa terharu melihat perkembangan Fiqriat setelah hampir setahun di CEC. Fiqriat nampak lebih ramah dan pandai bercampur gaul. Paling penting, perkara kami paling risau mengenai Fiqriat dulu takut bercakap, kini Fiqriat lebih petah dan tidak takut meluahkan rasa melalui kata-kata. Aku melihat kakak ku menitiskan airmata sedang anakanda Fiqriat kelihatan segak di atas pentas membuat persembahan. Dengan penharapan, ibu harap Fiqriat menjadi anakanda yang baik kepada kedua orang tua selain berjaya dalam hidup.
Perhatikan lelaki yang ditengah-tengah itu. That my boys!







