Follow Us @soratemplates

03 Jun 2016

Rumahtangga



Malam pertama di siarkaki Jln TAR.
22 November 2015
Selalunya mereka berdua sudah basah ketika ini tapi kerana hati seperti langit mendung dan awan kelabu, mereka kaku melihat busker merapu bagaikan rockstar. Kononnya seperti melayan tapi tidak dilayan hanya meracau senyap dalam hati.

Rika ketika ini tidak mahu laki laki mahu pun perempuan. Rika juga tidak mahu teman mahupun kekasih. Rika hanya mahu menhantuk kepala Zulkifli ke dinding dan harap Zulkifli sedar dia adalah perempuan merdeka yang diperisterikan oleh Zulkifli bukan hamba.

Rika melihat busker dengan seorang gitaris wanita. Nampak selalu menjeling pandang pada vokalis grup. Sudah tentu ada perhubungan. Sudah tentu kekasih atau kekasih gelap. Tiada perempuan mengikut lelaki yang mengharap sinar di malam hari. Harap dapat meraih popularity seperti grup calip busker. Mimpi semestinya indah. Tapi gitaris itu mungkin tidak tahu, jika berjaya raih peluang itu, dia tiada dalam angan-angan tersebut.

Seberang tadi orang menjual tudung. Toko buku sudah pun tutup. Ini adalah malam panjang di Kuala Lumpur. Rika masih ingin menghantuk kepala suaminya hingga pecah.




Perumahan Pantai Ria.
24 November 2015

‘Rika, ini rumah kita sayang’
Rika diam, dia masih ingin menghantuk kepala Zulkifli ke dinding.
Sudah tiga hari.

Perumahan Pantai Ria
21 November 2018

Rika pandang anaknya, sudah 3 tahun.
Dia masih ingin menghantuk kepala Zulkifli ke dinding.
Dia kini isteri dan ibu bukan hamba Zulkifli.
Zulkifli sudah 30 hari tidak beraja di mata dan bersultan di hati

Felda D’Saji Kajang
21 November 2045

‘Anak kita sudah 30 Tahun Zulkifli’
‘Jadi?’
‘Sudah 30 Tahun aku bertahan dengan kau’
‘Apa?’
‘Jika kau ingin tinggalkan aku sekarang aku rela keseorangan’
‘Kenapa?’
‘Kerana aku khuatir akan ku hantuk kepalamu ke dinding dan kelak anak aku mendapat malu ber ibu kan aku’
‘hahahahaha’
‘Sudah dia malu berbapakan kau’
‘Maksud?’
‘Kau hanya ada bila kami tidak perlukan kau lagi, kau tiada bila kami perlukan kau’
‘emmm….’
‘Kau perjudikan masa depan ku di ibukota ini sedangkan aku boleh bersenang di Kampung. Aku menyesal mengikut mu.’
‘emmm….’
‘Tiada apa diperolehi di sini. Hidup susah dan melarat.’
‘emmm….’
‘Mengikut kata suami seperti mengikut ke tali gantung’
‘emmm….’
‘itu sajalah kata mu…seperti tidak bersalah’
Zulkifli seraya berdiri dan memandang Rika dengan tajam.
‘Aku suami dan bapa tapi juga anak yang terbuang dek keluarga kerana berkahwin dengan kau, hidup aku melarat kerana mengejar cinta. Jadi aku bawamu ke mari kerana tidak mahu tersiksa dan dipandang hina oleh sedara. Sedangkan kematian bapakku hanya dapat ku lihat dari jauh. Siksanya Rika ko tidak tahu sehingga kau kehilangan aku nanti. Ya aku tiada bila kau perlukan ku, ya sekarang aku tidak berguna lagi. Syukur aku kau berikan ku zuriat, aku mengelak satu lagi kerana tidak mahu dia hidup melarat. Sedaya aku menjauh mu walaupun sayangku kepalang. Bekerjalah aku siang dan malam bukan untuk Rika yang sumpah semati dengan ku. Aku berusaha untuk kita duduk semeja seperti malam ini supaya anak kita tidak melarat seperti kita nanti. Syukur dia masih sayang padaku…...’
‘Bapa sudah sudah, ibu jangan marah bapak. Mari kita makan. Sudah Azan’
Zulkifli duduk memandang depan. Arian menhidang makan pada orang tuanya yang nampak kurang serasi bila bersama tapi merindu bila terpisah.
Kata-kata Zulkifli tadi hanya dalam hati. Rika hanya buat dungu dengan pandangan Zulkifli.
‘Ibu nak makan nasi arab’
‘Sekejap Rian ambilkan, bapak nak apa-apa?’
‘Bapak kau pun mahu makan Nasi Arab rian’
Zulkifli diam sahaja. Memandang tegak ke depan.
Rian mengangguk pada ibu. Dia bangun tinggalkan anak isteri mengambil makan untuk orang tua. Minggu depan santap dengan mentua pula. Kena adil jadi anak, suami dan bapa. Adil pada semua bukan hanya pada dunia.
Sekejap makanan dah hidang.
Rika memandang Zulkifli ‘Ini dia Nasi Arab’, Zulkifli angguk. Terus berdua makan bersantap ala raja-raja. Zulkifli bersultan dia mata beraja di hati Rika. Laki yang ingin dihantuk ke dinding kerana satu malam bulan mengambang berkata ‘Jom pegi KL, ada konsert search 35 Tahun’. Sampai KL check in rumah tumpangan, suaminya keluar satu hari tinggalkannya seorang diri. Balik ‘Tiket sudah habis dan kita tiada wang mahu balik Taiping’ tipu Zulkifli. Rika menjerit marah, dia tahu Zulkifli tipu dia. Mereka bergaduh.

Zulkifli memujuk ‘kita bina hidup di sini Rika, hidup kita kini di sini.’ Rika hanya balas merengus lalu Zulkifli ajak ke jalan TAR layan busker. Grup itu tidak popular sampai sekarang. Search kini hanya sebuah legenda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan