Kenapa mahu berkata tidak
Sedangkan lidah sudah beria
Mengapa hendak mengaku tidak
sedangkan hati telah sedia
Mengapa tidak pergi dahulu
bila malam sudah menjelma
mengapa tunggu puaka menunggu
tidakkah penat dikejar ia
mengapa susah walau sebarang
walau hanya mendaki bukit
mengapa susah dikata orang
sedang mereka hanya sedikit
tidakkah puan meilihat emas
yang telah sedia di gunung tinggi
tidakkah kanda ternampak kang mas
yang melambung harapan tinggi
Sudah beria orang berkata
tak tercalit apa di hati
kalau ia memang ia
tak payah menipu hati yang sepi
sudah dikhatam berkali-kali
hanya bersatu teruna dan dara
janganlah pulak memandai-mandai
hanya yang Kuasa tahu sebabnya
tidaklah kita membuat pasai
hanya mencuba selagi upaya
tidak kita menunjuk pandai
hanya berfikir untuk semua
*catatan sejarah seorang SETIA 0809
aku suka sajak ini sebab:-
BalasPadamaku merasai nyer
aku alami nyer
Ko dengar lagu yang berkumandang sekali...baru karax..hehehheeh
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSajak ke.. Papa fikir pantun...
Tp mmg layan...
pantun kerr? huahuahuahua ... okey
BalasPadamwei mangkuk korang jangan bertelagah kat sini....sajak ke pantun korang panggil puisi jea senang...
BalasPadamsoal aku pada yang dituju:
BalasPadam"mawar jambangan mekar memerah,
serupa cempaka indah pinggiran,
guris di tangan tampak berdarah,
di hati luka mana gambaran?"
&
"kapal sarat di hujung selat,
dari betawi berdagang gula,
tersimpul hakikat di perdu makrifat,
hukum maknawi mengapa bersila?"